Thursday, November 29, 2007

Health

Boleh Derma Darah

1 umur 18 ~ 65 tahun
2 Berat melebihi 45kg
3 tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5%
4 tidak menghidap penyakit kronik
5 tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma
6 tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor
7 tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari menderma


Dilarang Derma Darah Sementara Waktu

1 demam (apabila demam atau sakit darah kita mengandungi sel darah putih yang boleh memberi kesan kepada penerima)

2 berat badan kurang 45kg
3 makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya 1 minggu selepas dos terakhir)

4 tidur kurang 5 jam
5 minum alkohol kurang dari 24 jam
6 menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan
7 mendapat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
8 mendapat suntikan vaksinsi 3 minggu sebelum hari menderma
9 menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun



Apakah itu Vaksin ?

1 Vaksin adalah kultur bakteria atau virus yang sudah dilemahkan dan tidak boleh membahagi (membiak) dengan sempurna.

2 Ia disuntik kepada bayi yang baru lahir, ia sangat lemah dan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan. Namun ia sudah cukup untuk memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan antibodi sama baik seperti imuniti semulajadi.

Tips menjaga Telinga

1 Jangan terlalu kerap mengorek telinga kerana ia akan mengurangkan lilin yang berfungsi melindungi sistem pendengaran.

2 Jangan sesekali menggunakan besi ketika mengorek kerana ia boleh mencederakan gegendang telinga yang nipis.

3 Jangan menghala putik kapas terlalu jauh ke dalam kerana ia akan menolak lilin ke dalam dan menyebabkan ia tersumbat.

4 Perlahankan nada ketika mendengar menerusi fon telinga dan jangan menggunakannya melebihi 6 jam secara terus

Pasal Telinga (pendengaran)

1 pendengaran manusia biasanya hanya boleh menerima bunyi pada tahap percakapan biasa iaitu sekitar 50~60 desibel(dB) dan tidak boleh melebihi 80dB, oleh pakar audiologi hospital bahyiah alor star (Encik Sulaiman Hamzah)

2 kecacatan kekal/ permanent threshold shift (PTS) boleh berlaku jika terdedah kepada tahap bunyi melebihi 80dB. Cth, konsert(91dB-lebih 2) jam F1(100dB-15minit) enjin kapal terbang(110dB-perlu kurang dpd 1 minit)

3 TTS (temporary threshold shift/masalah sementara) ini berlaku jika terdedah kepada bunyi bising yang keterlaluan atau menggunakan fon terlalu lama. Ia akan menimbulkan rasa tidak selesa dan telinga berdengung. Gejala ini boleh hilang dalam tempoh 48
jam.

Mengapa Buah Pinggang Penting ?

1 Apabila makan badan memecahkan utk dapatkan tenaga
2 hasil dpd makanan masuk dalam darah
3 buah pinggang berfungsi utk membersihkan darah daripada bahan yang tidak diperlukan
4 pengumpulan bahan buangan ini menjadi racun yang berbahaya kepada badan

1 comment:

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian anda. Ia informasi yang amat berguna. :)

Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee